KANTOI!!! Gambar Lama Ini Dedah Siapakah Ayahanda Rani Kulup Sebenarnya. Ingatkan Calang-Calang, Rupa-Rupanya…….

KANTOI!!! Gambar Lama Ini Dedah Siapakah Ayahanda Rani Kulup Sebenarnya. Ingatkan Calang-Calang, Rupa-Rupanya…….

Sepelik namanya, begitu jugalah orangnya. Ayahanda Rani Kulup atau nama sebenarnya Abd Rani bin Kulup Abdullah yang sering kelihatan muncul di kaca televisyen dengan memakai beret berwarna merah sambil memakai kaca mata hitam dan lengkap berpakaian uniform ini mungkin kelihatan seperti seorang yang lucu dan aneh.

Tetapi ramai yang tidak kenal Ayahanda Rani Kulup ini rupa-rupanya. Gambar lama ini mungkin dapat memberitahu kita siapakah Ayahanda Rani Kulup sewaktu beliau masih muda dahulu.

Ayahanda Rani Kulup menyertai bidang ketenteraan ketika usianya masih muda dan sentiasa bertekad melindungi masyarakat sehingga kini.

“Saya menyertai tentera ketika umur saya 18 tahun, masa itu kita (negara kita) berkonfrontasi dengan komunis (PKM), seluruh negara tidak terkecuali kepada sabotaj komunis, di Perak Kedah, Kelantan, Pahang, termasuk Sarawak.

“Saya sendiri pernah bertempur dengan pengganas komunis di Gua Musang Kelantan, selepas itu, saya bertempur lagi di Kuala Kacau, dan Nibong,” katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Online.

Menceritakan dengan lebih lanjut, Ayah Arka berkata, pasukannya pernah berdepan dengan pengalaman ngeri terkena jerangkap samar yang dipasang oleh pihak musuh.

“Ia dalam satu misi yang dinamakan misi risik gempur, masa itu, memang ada pasukan khas dalam pasukan tentera. Selain pasukan komando, kita juga ada pasukan perisik.


“Saya kira saya sudah sertai lebih dari 65 operasi sejak saya berkhidmat dalam ATM. Segala pahit maung, asam garam, kepayahan dalam menentang komunis sehinggalah ancaman komunis dalam hutan sudah tidak ada,” kongsinya.

Pada ketika itu didalam tentera darat terdapat satu unit Risik Gempur yang di kenali sebagai UCIS atau Unit Combat Intelligence Squad

All the members of the UCIS have a red lanyard on the right. They wear a patch with an eagle hoding a dagger in it’s claw. They operate in 5 men teams. Everyone is a trained signaller, combat medic, trained in demolitions and other specialities.

Bagi mereka yang tidak tahu apakah UCIS itu, boleh sambung baca di bawah:

UCIS telah digantikan dengan Platun tinjau (recon) dimana penugasan yang sama dilakukan dan juga Infantri Sniper dimana penugasan lebih kepada membunuh dan melumpuhkan keupayaan musuh dengan membunuh individu penting kepada musuh seperti CO, radioman, OC, Pengendali senjata bantuan.

UCIS ataupun “Unit Combat Intelligence Section or Squad” juga dikenali sebagai “Risik Gempur” di tubuhkan dalam Rejimen Renjer. Pada awal penubuhan 1 Renjer, unit yang serupa turut dikenali sebagai “Platun Ngelaban”.

Unit ini merupakan unit elit di dalam setiap batalion Renjer dimana mempunyai kekuatan diantara satu seksyen sehingga satu platun. Pegawai2 dan anggota unit ini juga menjalani latihan yang lebih khusus dan lasak daripada anggota Renjer biasa hampir menyamai kepakaran unit Komando seperti menjalankan rondaan jangka panjang, risikan medan, payung terjun dan sebagainya.

Unit ini kemudian di ganti dengan Sniper. Kursus Sniper Inf dan Tinjau Inf ajar di Pulada. Dimana kepakaran meninjau dan mengendap (stalking) yang di warisi dari ilmu UCIS telah diserapkan.

Sumber : ohmymedia.cc

Artikel Berkaitan : 

RUPA-RUPANYA INI SEBAB RASULULLAH SUKAKAN KUCING DARI SUDUT SAINS. UNTUNGLAH SIAPA BELA KUCING.

Nabi menekankan di beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.


Lantas kenapa Rasulullah Saw yang buta baca-tulis, berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?

Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak sel bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji.
Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya.

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor.
Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahgian-bahgian khusus.

Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapatkan adalah:

Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.
Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.

Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.
Hanya sekali kuman yang ditemui semasa proses penyelidikan, kuman itu masuk kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.Tidak ditemui kumpulan kuman yang beragam.

Berbagai sumber yang dapat dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan.

Komentar para doktor yang bergelut dalam bidang kuman
Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Hewan Baitharah, jarang sekali ditemui adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit. Subhanallaah !

Dr. Gen Gustafsirl menemui bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. (baca: Inilah sebabnya jika terkena liur anjing harus dibasuh dengan tanah).

Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai perangkat pembersih yang bemama lysozyme.

Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll) Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya.

Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.

Tetapi ketika sebahagian doktor dan percubaan yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemui bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan dan Ia lebih bersih dari manusia, banyak dari pembaca situslakalaka yang khuatir adanya Toxoplasma pada kucing, benarkah toxoplasma itu virus? ataukah hanya sekadar parasit yang boleh melekat pada tubuh makhluk yang hidup? silahkan baca: Benarkah Toxoplasma Hanya disebabkan Oleh Kucing

Perhatikan apa yang diperlihatkan Rasulullah pada sahabatnya berikut ini:

Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada masa itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.”

Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana.

Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menyimpanya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut.

Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Subhaanallah!! Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw yang buta baca-tulis ini tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih?

Segala sesuatu yang baru ditemukan oleh para ilmuwan semasa ini, ternyata sudah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

Sumber : ohgempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*