Kami Dah Jumpa Kembar Rosmah, Dan Dia Masih Muda Remaja. Memang Sebijik! Terutamanya Gambar Keempat!

Kami Dah Jumpa Kembar Rosmah, Dan Dia Masih Muda Remaja. Memang Sebijik! Terutamanya Gambar Keempat!


Ini betul-betul bukan cobaaaannn.

“Cak! Kenal tak siapa saya?”

Image viawww.instagram.com
Wah. Macam kenal! Terkejut jugak masa first time kami tengok gambar ni. Kus semangat.

Sekali pandang memang sebijik macam Rosmah Mansor. Kan?


Image viawww.instagram.com
Lepas je tengok gambar ni, kami terus terfikir:

“Mungkin macam ni lah rupa Rosmah masa zaman muda-mudi dulu. Jadi, macam mana lah agaknya gaya hidup Rosmah versi remaja pada zaman sekarang ya?”

Ok jom layan:

Number one rule untuk orang perempuan, mesti suka selfie. Rosmah turut tak terkecuali. Dan gambar selfie tu mesti kena ambil dari pelbagai sudut. Contohnya dari tepi…


Image viawww.instagram.com
…dan juga selfie kat cermin. Tak kiralah cermin dalam bilik ke, dalam mall ke, atau dalam tandas ke, asalkan cermin.


Image viawww.instagram.com
Barulah boleh tayang handphone tu.

Selfie pakai cermin mata hitam pun dah jadi macam benda wajib untuk Rosmah


Image viawww.instagram.com
Hot ke tak?

Lepastu, Rosmah mesti akan ada upload gambar dengan girlfriends atau bff kat laman sosial


Image viawww.instagram.com
Kawan baik dunia akhirat. #TillJannah

Gambar apa lagi yang Rosmah akan upload?

Semestinya gambar minuman Starbucks atau minuman dan makanan fancy yang lain. Selera orang muda kan, biasalah tu.


Image viawww.instagram.com

Image viawww.instagram.com
Dan sebagai seorang muda remaja, tak salah kalau Rosmah nak pergi parti sekali sekala untuk have fun dengan kawan-kawan


Image viawww.instagram.com

Image viawww.instagram.com
Seiring dengan trend masa kini, Rosmah turut tak melepaskan peluang menyertai ‘Colour Run’. Marathon yang lain tak join sebab tak ada warna-warni macam ni.


Image viawww.instagram.com
Kesihatan tu yang penting.

Rosmah juga mempunyai minat yang mendalam dalam bidang fotografi


Image viawww.instagram.com

Selain itu, Rosmah dari kecil lagi memang suka kucing. Senang kata, kucing ialah haiwan yang paling dia favourite sekali.


Image viawww.instagram.com
Manalah tahu suatu hari nanti dia boleh dapat suami yang sama-sama suka kucing 😛

Rujukan : Says.com

Bercakap tentang DS Najib dan Kucingnya :

Throwback Najib Kongsi Cerita Tentang Kucing Peliharaannya Di Facebook (2016)


-foto FB Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kucing-kucingnya akan ‘menjaga’ rumahnya ketika beliau mengadakan lawatan seminggu ke China.

Najib yang berada di Beijing dari Isnin (31 Oktober) hingga Ahad (6 November) dalam rangka lawatan di mana beliau dijangka akan mengukuhkan pelaburan dan hubungan dua hala dengan China. Beliau akan diiringi oleh puluhan pemimpin kerajaan dan ahli perniagaan.

Sebelum lawatan itu, Najib telah berkongsi ‘posting’ di Facebook, di mana beliau berkata kucing-kucingnya akan menjadi tuan rumah dan akan bersuka-ria sepanjang ketiadaannya.


Mengiringi ‘posting’ itu adalah sekeping gambar yang menunjukkan empat ekor kucing sedang berkeliaran di sebuah ruang, dilihat seperti ruang tamu rumah.

“Saya akan ke China untuk lawatan rasmi beberapa hari, jadi kucing-kucing saya ni akan jadi tuan rumah, bersuka-rialah mereka nanti,” tulisnya.

Sebelum ini Najib juga pernah berkongsi telatah kucing beliau di media sosial.

Dalam aplikasi perkongsian foto Instagram tiga minggu lalu, Najib berkongsi cerita tentang ‘Simba’.

“Kucing saya ni namanya Simba. Bila kita nak ambil gambar dia, bukan main pandai bergaya. Nampak saja garang, sebenarnya comel dan manja,” tulisnya.

Rujukan : mstar.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*